Artis Pencinta Alam (APA), Green Ranger Movement, Rainforest Music Festival ... 3 Event besar yang aku terlibat secara tak langsung.... yupzz kerja2 belakang Takbir... Logistik... maintenance and facilities... budget ... perbelanjaan barang2 keperluan...press list.. goodies bag... adeyyyy... aku cuma seorang akauntan yang x berjaya ... job discreption aku buat akaun sahaja.... namun (demi kepentingan sejagat... untuk menjaga hutan aku sanggup... ayat nak power cam HEro hindustan lak).. Kejap lagi aku akan ke Banding, Hutan Belum bagi menjayakan suatu Educational Programme (Forest Biodeversity) untuk Pelajar-pelajar UKM...
Bulan ni teruk aku kena BALUNNN.... xpe aku rela kerana aku HAppy wat keje camni... ok Chiowww Ke Hutan... sama-sama kita jaga Hutan Kita.... XD
Tubuh Badan ku adalah satu objek pejal yang wujud sementara
Yang boleh disentuh dan boleh dibinasakan dengan satu petikan jari
Dianyamkan tanah
Dijahitkan wahyu
Disulamkan perasaaan
Ditenunkan akal fikiran
Jadilah ku seorang Khalifah
Tapi mengapa ada lagi sanggup menggunakan tubuh ini
Disarungkan seluar dalam untuk menjaga zuriat
tapi ditanggalkan untuk kepentingan mereka
Mentari diramas bulan dijolok
agar dunia gelap gelita
Yer... dulu aku dipuja bak bintang kejora
kau himpunkan lendir kahak
dan kau ludahkan segalanya kepada aku
Aku telan, Aku Jilat, Aku mamah
Agar hidup kau bahagia...
Namun kini aku hanyalah Sang Mantan
Sang Mantan yang tiada apa-apa bagimu
Nukilan - Arya
Puisi ini mempunyai pelbagai maksud jangan disalah tafsir... tiada kaitan antara hidup dan mati
hanya sedikit tekanan emosi dan perlu dilepaskan
Begitula aku - arya bila kepala serabut,
Tender is the day, the demons go away. Lord I need to find, someone who can heal my mind....
Nothing much to impress just a simple work that is for fun... Just playing around with my baby
Do enjoy it....
Tidak ada ketenangan kecuali Uzlah. Tidak ada rasa aman kecuali kepatuhan. Tidak ada rasa sayang kecuali dgn menepati janji. Tidak ada kepercayaan kecuali dgn kejujuran XD
Satu mingu yang dingin, kerja berlambak seperti biasa, tertiba aku mendapat satu memo...arghhh apa yang aku buat lagi... aku baca dengan teliti.. satu arahan dari Majikan aku... ok.. aku teruskan membaca... Perhargaan kepada Majlis jawatankuasa Kelab Rekrasi EMKAY ... oooo anda dijemput ke "houseboat" bak kata melayu Rumah Perahu hehehe ...satu produk baru dari syarikat yg aku berkerja .. diaorang suh test rupanya... ok
So kami seramai 15 orang ahli jawatankuasa kelab tersebut berpusu-pusu ke Banding...
Suatu pengalaman yang menyeronokan tapi tidak dapat diulas dengan kata-kata jadi disini saya lampirkan gambar-gambar untuk tatapan kawan-kawan semua
Ini dia Houseboat.. di mana kemudahan ini dapat kita gunakan untuk menikmati Keindahan semulajadi Tasik temenggor dan dapat menikmati suasana Hutan Belum selama 2 Hari dan 1 Malam...
Level 1 Dining area cum Lounge Area.. tempat untuk bergossip dan melayan perasaan
Level 2 .. Chill area and bilik-bilik dalam deck ini... ok bagi aku dan 2 lagi rakan lain tidak diberikan bilik... kerana aku disenaraikan untuk Experience nature by outdoor view...hahah kan senang kata aku tido luar... ok kat houseboat ni ada 3 bilik.. dan aku impress ah dengan susunan n interior design yang simple n bergaya. Di level ini... klau hujan or panas aku akan abiskan masa kat sini... layan bantal2 empuk yang berwarna warni tu..
Ok ini roof top houseboat... dimana kita dapat menikmati permandangan Tasik temenggor dan Hutan Belum.. Kat sini juga diadakan BBQ untuk Makan Malam.. dan juga tempat tido saya.... dah dengar kena tidoq kat luar cepat2 saya book Hamock untuk tempat saya beradu.... hahahha syok ooo tido kat luar ... bunyi rimau ngaum, bunyi burung kuang and the best dapat ngok hornbill berterbangan awal-awal pagi...
Aktiviti-aktiviti di houseboat... cam-cam ada... kat sini ada boat kecik dimana kita di bawa oleh boat ini untuk ke persisiran... untuk melakukan aktiviti berhiking menuju ke air terjun Gadong... hari pertama ..sampai je dah kena hiking ... untuk sampai ke air terjun tersebut kena mendaki bukit, merempuh anak sungai dan berhiking selama 40 minit... sejurus kemudian apa lagi dah jumpa air terjun... terjun je laaaa hahahha.. air terjun ini baru je diterokai 2 minggu sebelum kami tiba disana... so kami ditugaskan untuk membuat kolam dengan mengangkat batu2 sungai dan menyusun untuk dijadikan kolam.....
Memang kerahan tenaga abis tapi syokkkk... dah berhiking mandi air terjun pastu kena wat kolam ... bayangkanlaaa... dan selepas itu kami ke houseboat semula.. aktiviti tidak berakhir dengan begitu sahaja
naik je deck saya terpikir bilik air mesti penuh sbb ada 2 je bilik air ... saya berbisik dengan rakan2 saya yang menunggu giliran untuk membersihkan diri... diaorang mengangguk ok dengan ini saya rasmikan kita terjun ke dalam tasik hahahha... dan acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan .....
ok aktiviti malam adalah BBQ... satay, ikan pari dan talapia bakar tu... terbaikkk!!!! selepas tu biasala typical malaynya aktiviti ...karaoke laaa... tapi pihak pengurusan telah mengubah cara karaoke ini dengan sesi jangan lupa lirik hahahha pecah gilaaa suma tabur guna lirik masing-masing...
dah abis ... aku lepak kat roftop, cubaan untuk memancing sambil menikmati suasana malam hutan belum ... dan akhirnya saya tertido di hamock saya tu...
Esok pagi kami ada aktiviti lagi... samada memancing atau water confidence... Saya memilih water confidence kerana saya memang suka berada dalam air.... saya xtau pemilihan saya tu tepat atau tidak.... pihak pengurusan berkata aktiviti water confidence meliputi aktiviti berenang dan berakit ...Woooo aku tesenyum girang.... tapi hah berenang 700 meter untuk ke rakit buluh yang telah disiapkan... ini bukan rakit yang ada pelampung tayar k... original buluh tau hehhehehe... penat woo cam masuk competition POWER MAN lak.. isk isk isk
Disamping membuat aktiviti tersebut...kami terjumpa Kepah... apalagi tangkap ahhhh... kasi bakar laaaa ditambah lagi kawan saya yang pergi memancing...dapat lak ikan toman (snake head fish) berat hampir 5kg... terbaikkkk
So penglaman ini saya katakan adalah salah satu latihan komando yang menyeronokkan ...
Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva. Tetapi dari segi saintifik pepatung adalah salah satu serangga yang amat berguna pada kita, ia adalah pengukur kesucian air. bila kita lihat pepatung menhinggap air di sesebuah tasik, kolam atau sungai bermakna air itu suci untuk kita membersihkan hadas kecil atau besar dan juga untuk kehidupan harian...
Di sini kita dapat lihat betapa manusia boleh menilai tapi tidak memahami apa yang dinilainya.. Orang eropah pandai dengan kata-kata yg indah dan dianggap bermotivasi tapi realitinya.... bagaimana kita boleh mempercayai kata-kata mereka dengan keterampilan mereka amat indah dimata dan susunan kata-kata yang manis. manakala kita lihat manusia-manusia di Indonesia, Afganistan, Syria, lebanon dan seangkatan dengannya.... keterampilan agak selekeh, bengis kata-kata mereka yang lantang, baru nak bercakap orang dah mula membuat penilaian yang berbagai bagai....
Kekadang di Malaysia orang yang clean shave, berbahasa inggeris, berpakaian tshirt dan jeans tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat islam di malaysia. nak bukak mulut je dah bermacam-macam tomahan dikeluarkan.. orang yang berserban dan berjubah pula, disanjung dan dipuji walaupun x berkata apa-apa pun.
ada Seorang kawan ku dan ku anggap dia sebagai mak tiri ku (heheehe)dia bekerja dengan ku.. dia sanggup menempuh hutan yang tebal, bersosial dengan manusia yang ketinggalan peredaran zamannya, tiada eletrik dan air yang bersih dan berbagai-bagai cabaran yang dia tempuh untuk satu tujuan sahaja..... memberikan pendidikan dan mengubah cara hidup masyarakat-masyarakat yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih sempurna... beliau redah berbagai-bagai onar sekadar untuk mengajar ABC dan Alif, Ba, Ta... orang kata membazir masa dan tenaga..tapi aku sanjung dia...bukan itu sahaja, dia membuat kerja extra..dengan mengajar basic fardhu ain kepada masyarakat2 tersebut...
Caranya agak unik dan baru,Pengajaran fardhu ain dilakukan dengan menggunakan melodi nursery rhymes contohnya macam twinkle little star.. dia mengubah lirik nya menjadi panduan untuk mengambil wuduk...lagu london bridge menjadi panduan hukum2 solat... keputusan dari cara pengajaran tersebut amat efektif... budak kecil umur 6 tahun tinggal di tengah-tengah hutan tiada hubungan dengan dunia luar dah pandai baca surah Al-Fatihah....
Tapi wanita yang berumur dalam linkungan 50an ini yang hanya memakai kemeja T lengan panjang yang labuh,beseluar jeans dan bertudung dikecam oleh golongan-golongan yang menggangap diri mereka ini religious. Mereka tidak boleh menerima cara pengajaran sebegitu... Aku sedih melihat mereka yang tidak menyokong usaha Mak Tiri aku ni...
Ye ini bukan cara ortodoks yang diamalkan selama ini... tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengajar tentang fardhu ain kepada masyarakat-masyarakat yang terpinggir dan tidak mendapat sedikit pun pengajaran tentang islam.. adakah cara ini salah...saya bantah seratus peratus klau ia dikatakan salah...
Islam itu mudah dan versatile mana-mana bangsa boleh menganutnya.. Kita di Malaysia terlalu mementingkan budaya kita dan terus menggangap budaya melayu kita ini adalah budaya islam. Itu silap sebenarnya...
Yang penting dalam islam adalah niat dan 5 hukum islam.... tinggal je hukum-hukum ini walaupun sedikit... kira over laaa... Ye kekadang mereka lalai ... seperti dengan saya... mahukan yang lebih tapi basic tergapai-gapai.. x penah miss dengar ceramah and dakwah ustaz azhar Idrus tapi solat suboh tertinggal... nak kaji Hadith saheeh - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani tapi Ayat Kursi pun x hafal...
So memang Islam ini mudah tapi islam ini luas... bermula la dengan perlahan kuatkan akarnya baru la dapat dapat buah yang manis..
Dari kata wikpedia sebuah ensiklopedia bebas, Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa. Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. (Boleh caya ke definisi wikipedia ni)
Kebanyakan orang tau yang aku minat fotografi dan menjiwai alam dan karenah manusia... ye memang itu hobi aku. tapi kekadang aku perlu kelainan. sesuatu yang baru..mencabar kebolehan aku ....
satu malam aku bermalam di rumah rakan sekerja.... masuk je bilik dia ...aku terpukau dengan koleksi yang dia ada. sesuatu hobi yang unik.... hahahaha xsangka personalitinya yang matang ada secubit personalitinya yang keanak-anakkan.... tapi bagi aku itu sesuatu yang cool
Koleksi Transformer kebanyakannya adalah optimus prime
Koleksinya berjumlah hampir RM15,000... wow leh wat hantaran tu
ni yang paling aku teruja Optimus Prime versi Mickey Mouse
Optimus Prime Nike ... cool.....
P/S: satu malam aku xleh tido duk belek-belek anak patung ni..... Teruja tu....hehehheh
Dengan pengalaman ku di rumah rakan sekerja ku, aku tekad untuk dapatkan hobi yang baru... tapi perlu diingat aku tidak akan meninggalkan hobi fotografi and semangat nature ku ini.
Terlintas... aku terpikir apa jadi dengan bilik ku.... dah lama tu x kemas bilik... so aku memulakan satu operasi yang dinamakan operasi memusnahkan habitat primat.. kenapa itu adalah rahsia... XD... Dengan bermodalkan RM150 sahaja aku berjaya mendekorasikan bilik ku menjadi seakan-akan sebuah galeri gambar... yang membuat ibu dan adik-adik ku teruja... oleh itu dengan tidak secara langsung idea dan taraf aku setanding Eric Leong kikkikikii
Dan bilik ku ini telah menjadi tumpuan sanak saudara ku yang datang menziarah... so aku perlu berdisplin untuk coverline benda yang perlu huhuhuhuh
Cuti ku panjang lagi.... aku cuba mencari idea-idea untuk mengisi ruang masaku.. sepatutnya aku perlu pergi melancong ke apa untuk menenangkan fikiran. Akan tetapi aku mengambil keputusan untuk luangkan masa di rumah sahaja disebabkan masalah-masalah tertentu... dengan tertiba sahaja, selepas menonton rancangan Masterchef... aku mencuba untuk memasak... pernah masak gak dulu tapi ini serius dining nye masak....
hahhaha aku rasa sukses disebabkan tiada komplen dan orang yang sakit perut... oleh itu dianggap aku ni kira terrer gak XD
P/s ini blog saya klau ada sesi bangga diri itu hak saya .....
Di sini saya lampirkan hidangan-hidangan yang disediakan oleh saya sendiri... resipi sendiri xde tiru-tirunye XD...gordon ramsey mesti terkejutnya
Italian Herb, Potato and Egg Mash Luis RiTz Style
Classico Ritz Cream sauce Fettuccine with Prawn and Cuttelfish
RitZ Salad
Kepada salah seorang kawan saya yang tidak perlu disebutkan namanya...ini bukan ciri-ciri Gay..ini adalah ciri-ciri seorang suami yang sayangkan isterinya :P
Baru je lepas nonton "Hachiko" Richard Gere version. Dan saya sedar apa erti kesetian sebenarnya... kekadang bila kita setia kita mengharap sesuatu pulangan. Ada yang salah tafsir biar kita susah dulu, berkorban ,SETIA nanti hidup kita senang... tapi kesetian sebenar datang dari keikhlasan... sayang yg teramat .....Seekor anjing yg menunggu kepulangan tuannya di tepi stesen keretapi selama 10 tahun... dan penantian ia sia sia kerana tuannya dah tiada lagi..... berbaloi kah .. tapi dipandang sudut perasaan... ia berbaloi kerana hati ia puas kerana ia berkorban untuk tuannya yg disayangi... perlu diingat cerita ini tiada manipulasi atau propaganda.... ia based on true story.
Tersebak dengan cerita tadi saya terpikir akan adik perempuan saya yang kansernya datang kembali... dan sekali lagi dia kena menjalani prosedur kimoterapi yang memerlukan dia berada di hospital selama sebulan.. dan sekali lagi mama akan tidur di hospital sepanjang rawatan itu. sebak hati ini walaupun saya berpura-pura buat keadaan macam biasa, menjalani hidup seperti biasa.... bagaimana Mama begitu komited menjaga anak-anaknya yang sakit, berkorban masanya... saya teringat semasa saya bertarung nyawa dahulu... 7 bulan saya terlantar di wad pembedahan hospital Kuala Lumpur....sepanjang itula mama berada di sana menjenguk saya..... walaupun hubungan kita kurang mesra berbanding orang lain tapi saya tetap menyanyangi dia... rasa hormat yang tidak terkira
Itula kesetian seorang ibu kepada anak-anaknya... yang mungkin tiada pulangan.. yang mungkin x menjamin kesenangan .... tapi kekuatan perasaan sayangla yang meneruskan hidup.
itula kesetian agung, like a lotus because while growing from mud, it is unstained.
cantik luar cantik dalam cantik dengar sini Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Lirik dari lagu Senyum ... Malique and Najwa .. kind of poyo but i feel it XD
Yes senyum ... if we able to smile when we in stress, jiwa kacau, head spinning insyaAllah it will releks u.. seyesly try it XD
wise man said Smile will certainly make others happy. Smile will make your face turn brighter. Smile will make your soul cleaner. And smile will make you lovelier by end of the day
Sekali senyum curiga hilang. Dua kali senyum jadi sahabat. Tiga kali senyum hati penuh damai. Empat kali senyum beban jadi ringan. Lima kali senyum rezeki datang. Enam kali senyum hidup bahagia
its hard to explain how life will be great if u smile. video below would explain it to u all. its my personal photography work. To my special friend who i recently know.. who often stress with her work, task heheheee n even the komprosser that pancung dia and her PC wow.. this video for u... relax and njoy it k. InsyaAllah u will be better k
U can see how amazing julia robert's smile ... my heart melting as fire burning an ice XD hehehe
Saya telah diketemukan dengan seorang individu yg saya rasa "awesome"&"cool". dalam kata melayu moden "sempoi" dan "Caya". Sorry xde dalam istilah melayu klasik. Di sini saya belajar apa erti sempoi.... bagaimana sesuatu benda yang klasik dimodenkan. membuat saya teruja dan menyedari sesuatu benda yang dikatakan ortodoks boleh diperbaharui seiring dengan perubahan zaman dengan tidak mengubah objektif sebenar.
Inilah post pertama aku yg tiada gambar hanya kata2 merepek...Aku terpikir apa konsep sayang... Sayang ku pada Allah, pada Rasullulah, pada keluarga ku...itu sesuatu yang wajib...tapi aku perlu sayang kepada seseorang memang itu naluri manusia...kepada seseorang... memang aku sayang kepada seseorang ..sudah berulang kali tapi adakah mereka menyayangi aku memahami aku.... Konsep sayang aku ialah melihat orang yang aku sayangi bahagia, gembira dan selalu senyum.... walaupun dia tidak bersamaku...dalam doa aku ...memang aku menyebut dan merayu kepada NYA agar hidup dia bahagia... aku buat segalanya yang aku mampu aku mengajar, aku didik aku bimbing agar dia tidak ditimpa kesusahan... walaupun dia x ingin bersamaku...pelik kan...itula aku...seorang bodoh yg ingin melihat orang yang aku sayangi bahagia