Thursday, March 24, 2011

Loyalty Does Paid


Baru je lepas nonton "Hachiko" Richard Gere version. Dan saya sedar apa erti kesetian sebenarnya... kekadang bila kita setia kita mengharap sesuatu pulangan. Ada yang salah tafsir biar kita susah dulu,  berkorban ,SETIA nanti hidup kita senang... tapi kesetian sebenar datang dari keikhlasan... sayang yg teramat .....Seekor anjing yg menunggu kepulangan tuannya di tepi stesen keretapi selama 10 tahun... dan penantian ia sia sia kerana tuannya dah tiada lagi..... berbaloi kah .. tapi dipandang sudut perasaan... ia berbaloi kerana hati ia puas kerana ia berkorban untuk tuannya yg disayangi... perlu diingat cerita ini tiada manipulasi atau propaganda.... ia based on true story.

Tersebak dengan cerita tadi saya terpikir akan adik perempuan saya yang kansernya datang kembali... dan sekali lagi dia kena menjalani prosedur kimoterapi yang memerlukan dia berada di hospital selama sebulan.. dan sekali lagi mama akan tidur di hospital sepanjang rawatan itu. sebak hati ini walaupun saya berpura-pura buat keadaan macam biasa, menjalani hidup seperti biasa.... bagaimana Mama begitu komited menjaga anak-anaknya yang sakit, berkorban masanya... saya teringat semasa saya bertarung nyawa dahulu... 7 bulan saya terlantar di wad pembedahan hospital Kuala Lumpur....sepanjang itula mama berada di sana menjenguk saya..... walaupun hubungan kita kurang mesra berbanding orang lain tapi saya tetap menyanyangi dia... rasa hormat yang tidak terkira

Itula kesetian seorang ibu kepada anak-anaknya... yang mungkin tiada pulangan.. yang mungkin x menjamin kesenangan .... tapi kekuatan perasaan sayangla yang meneruskan hidup.

itula kesetian agung, like a lotus because while growing from mud, it is unstained.

1 comment:

  1. Is that ur sister Tasnim? Hopefully semuanya baik-baik shj. Insyaallah

    ReplyDelete