Saturday, May 28, 2011

No Rain

Nothing much to impress just a simple work that is for fun... Just playing around with my baby 
Do enjoy it....

video

Tidak ada ketenangan kecuali Uzlah. Tidak ada rasa aman kecuali kepatuhan. Tidak ada rasa sayang kecuali dgn menepati janji. Tidak ada kepercayaan kecuali dgn kejujuran XD

Saturday, May 21, 2011

My Baby

Hereby i, arya present to u'll my new born baby



>

Wednesday, May 18, 2011

Talking Trash

We Talk, We Laugh, We Shared but We never met....
I Guess I'll see you soon
InsyaAllah

Tuesday, May 17, 2011

Bullet With Butterfly Wings


Satu mingu yang dingin, kerja berlambak seperti biasa, tertiba aku mendapat satu memo...arghhh apa yang aku buat lagi... aku baca dengan teliti.. satu arahan dari Majikan aku... ok.. aku teruskan membaca... Perhargaan kepada Majlis jawatankuasa Kelab Rekrasi EMKAY ... oooo anda dijemput ke "houseboat" bak kata melayu Rumah Perahu hehehe ...satu produk baru dari syarikat yg aku berkerja .. diaorang suh test rupanya... ok

So kami seramai 15 orang ahli jawatankuasa kelab tersebut berpusu-pusu ke Banding...
Suatu pengalaman yang menyeronokan tapi tidak dapat diulas dengan kata-kata jadi disini saya lampirkan gambar-gambar untuk tatapan kawan-kawan semua






Ini dia Houseboat.. di mana kemudahan ini dapat kita gunakan untuk menikmati  Keindahan semulajadi Tasik temenggor dan dapat menikmati suasana Hutan Belum selama 2 Hari dan 1 Malam...


Level 1 Dining area cum Lounge Area.. tempat untuk bergossip dan melayan perasaan



Level 2 ..  Chill area and bilik-bilik dalam deck ini... ok bagi aku dan 2 lagi rakan lain tidak diberikan bilik... kerana aku disenaraikan untuk Experience nature by outdoor view...hahah kan senang kata aku tido luar... ok kat houseboat ni ada 3 bilik.. dan aku impress ah dengan susunan n interior design yang simple n bergaya. Di level ini... klau hujan or panas aku akan abiskan masa kat sini... layan bantal2 empuk yang berwarna warni tu.. 






Ok ini roof top houseboat...  dimana kita dapat menikmati permandangan Tasik temenggor dan Hutan Belum.. Kat sini juga diadakan BBQ untuk Makan Malam.. dan juga tempat tido saya.... dah dengar kena tidoq kat luar cepat2 saya book Hamock untuk tempat saya beradu.... hahahha syok ooo tido kat luar ... bunyi rimau ngaum, bunyi burung kuang and the best dapat ngok hornbill berterbangan awal-awal pagi...









Aktiviti-aktiviti di houseboat... cam-cam ada... kat sini ada boat kecik dimana kita di bawa oleh boat ini untuk ke persisiran... untuk melakukan aktiviti berhiking menuju ke air terjun Gadong... hari pertama ..sampai je dah kena hiking ... untuk sampai ke air terjun tersebut kena mendaki bukit, merempuh anak sungai dan berhiking selama 40 minit... sejurus kemudian apa lagi dah jumpa air terjun... terjun je laaaa hahahha.. air terjun ini baru je diterokai 2 minggu sebelum kami tiba disana... so kami ditugaskan untuk membuat kolam dengan mengangkat batu2 sungai dan menyusun untuk dijadikan kolam.....
Memang kerahan tenaga abis tapi syokkkk... dah berhiking mandi air terjun pastu kena wat kolam ... bayangkanlaaa... dan selepas itu kami ke houseboat semula.. aktiviti tidak berakhir dengan begitu sahaja 
naik je deck saya terpikir bilik air mesti penuh sbb ada 2 je bilik air ... saya berbisik dengan rakan2 saya yang menunggu giliran untuk membersihkan diri... diaorang mengangguk ok dengan ini saya rasmikan kita terjun ke dalam tasik hahahha... dan acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan .....
ok aktiviti malam adalah BBQ... satay, ikan pari dan talapia bakar tu... terbaikkk!!!! selepas tu biasala typical malaynya aktiviti ...karaoke laaa... tapi pihak pengurusan telah mengubah cara karaoke ini dengan sesi jangan lupa lirik hahahha pecah gilaaa suma tabur guna lirik masing-masing... 



dah abis ... aku lepak kat roftop, cubaan untuk memancing sambil menikmati suasana malam hutan belum ... dan akhirnya saya tertido di hamock saya tu...

Esok pagi kami ada aktiviti lagi... samada memancing atau water confidence...  Saya memilih water confidence kerana saya memang suka berada dalam air.... saya xtau pemilihan saya tu tepat atau tidak.... pihak pengurusan berkata aktiviti water confidence meliputi aktiviti berenang dan berakit ...Woooo aku tesenyum girang.... tapi hah berenang 700 meter untuk ke rakit buluh yang telah disiapkan... ini bukan rakit yang ada pelampung tayar k... original buluh tau hehhehehe... penat woo cam masuk competition POWER MAN lak.. isk isk isk
Disamping membuat aktiviti tersebut...kami terjumpa Kepah... apalagi tangkap ahhhh... kasi bakar laaaa ditambah lagi kawan saya yang pergi memancing...dapat lak ikan toman (snake head fish) berat hampir 5kg... terbaikkkk

So penglaman ini saya katakan adalah salah satu latihan komando yang menyeronokkan ...



The Returning



Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva. Tetapi dari segi saintifik pepatung adalah salah satu serangga yang amat berguna pada kita, ia adalah pengukur kesucian air. bila kita lihat pepatung menhinggap air di sesebuah tasik, kolam atau sungai bermakna air itu suci untuk kita membersihkan hadas kecil atau besar dan juga untuk kehidupan harian...


Di sini kita dapat lihat betapa manusia boleh menilai tapi tidak memahami apa yang dinilainya.. Orang eropah pandai dengan kata-kata yg indah dan dianggap bermotivasi tapi realitinya.... bagaimana kita boleh mempercayai kata-kata mereka dengan keterampilan mereka amat indah dimata dan susunan kata-kata yang manis. manakala kita lihat manusia-manusia di Indonesia, Afganistan, Syria, lebanon dan seangkatan dengannya.... keterampilan agak selekeh, bengis kata-kata mereka yang lantang, baru nak bercakap orang dah mula membuat penilaian yang berbagai bagai....


Kekadang di Malaysia orang yang clean shave, berbahasa inggeris, berpakaian tshirt dan jeans tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat islam di malaysia. nak bukak mulut je dah bermacam-macam tomahan dikeluarkan.. orang yang berserban dan berjubah pula, disanjung dan dipuji walaupun x berkata apa-apa pun.


ada Seorang kawan ku dan ku anggap dia sebagai mak tiri ku (heheehe)dia bekerja dengan ku.. dia sanggup menempuh hutan yang tebal, bersosial dengan manusia yang ketinggalan peredaran zamannya, tiada eletrik dan air yang bersih dan berbagai-bagai cabaran yang dia tempuh untuk satu tujuan sahaja..... memberikan pendidikan dan mengubah cara hidup masyarakat-masyarakat yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih sempurna... beliau redah berbagai-bagai onar sekadar untuk mengajar ABC dan Alif, Ba, Ta... orang kata membazir masa dan tenaga..tapi aku sanjung dia...bukan itu sahaja, dia membuat kerja extra..dengan mengajar basic fardhu ain kepada masyarakat2 tersebut...


Caranya agak unik dan baru,Pengajaran fardhu ain dilakukan  dengan menggunakan melodi nursery rhymes contohnya macam twinkle little star.. dia  mengubah lirik nya menjadi panduan untuk mengambil wuduk...lagu london bridge menjadi panduan hukum2 solat... keputusan dari cara pengajaran tersebut amat efektif... budak kecil umur 6 tahun tinggal di tengah-tengah hutan tiada hubungan dengan dunia luar dah pandai baca surah Al-Fatihah....


Tapi wanita yang berumur dalam linkungan 50an ini yang hanya memakai kemeja T lengan panjang yang labuh,beseluar jeans dan bertudung dikecam oleh golongan-golongan yang menggangap diri mereka ini religious. Mereka tidak boleh menerima cara pengajaran sebegitu... Aku sedih melihat mereka yang tidak menyokong usaha Mak Tiri aku ni...


Ye ini bukan cara ortodoks yang diamalkan selama ini... tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengajar tentang fardhu ain kepada masyarakat-masyarakat yang terpinggir dan tidak mendapat sedikit pun pengajaran tentang islam.. adakah cara ini salah...saya bantah seratus peratus klau ia dikatakan salah...


Islam itu mudah dan versatile mana-mana bangsa boleh menganutnya.. Kita di Malaysia terlalu mementingkan budaya kita dan terus menggangap budaya melayu kita ini adalah budaya islam. Itu silap sebenarnya...


Yang penting dalam islam adalah niat dan 5 hukum islam.... tinggal je hukum-hukum ini walaupun sedikit... kira over laaa...
Ye kekadang mereka lalai ... seperti dengan saya... mahukan yang lebih tapi basic tergapai-gapai.. x penah miss dengar ceramah and dakwah ustaz azhar Idrus tapi solat suboh tertinggal... nak kaji Hadith saheeh - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani tapi Ayat Kursi pun x hafal...


So memang Islam ini mudah tapi islam ini luas... bermula la dengan perlahan kuatkan akarnya baru la dapat dapat buah yang manis..



Membaca dan Memahami


Mengajar dan Belajar


Bersabar dan Berfikir


Melakukan hukum-hukum Islam


Amal Ma'ruf Nahi Mungkar









Monday, May 2, 2011

PaSse-TeMps

Dari kata wikpedia sebuah ensiklopedia bebas, Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa. Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. (Boleh caya ke definisi wikipedia ni)

Kebanyakan orang tau yang aku minat fotografi dan menjiwai alam dan karenah manusia... ye memang itu hobi aku. tapi kekadang aku perlu kelainan. sesuatu yang baru..mencabar kebolehan aku ....

satu malam aku bermalam di rumah rakan sekerja.... masuk je bilik dia ...aku terpukau dengan koleksi yang dia ada. sesuatu hobi yang unik.... hahahaha xsangka personalitinya yang matang ada secubit personalitinya yang keanak-anakkan.... tapi bagi aku itu sesuatu yang cool


Koleksi Transformer kebanyakannya adalah optimus prime


Koleksinya berjumlah hampir RM15,000... wow leh wat hantaran tu


ni yang paling aku teruja Optimus Prime versi Mickey Mouse


Optimus Prime Nike ... cool.....

P/S: satu malam aku xleh tido duk belek-belek anak patung ni..... Teruja tu....hehehheh

Dengan pengalaman ku di rumah rakan sekerja ku, aku tekad untuk dapatkan hobi yang baru... tapi perlu diingat aku tidak akan meninggalkan hobi fotografi and semangat nature ku ini.

Terlintas... aku terpikir apa jadi dengan bilik ku.... dah lama tu x kemas bilik... so aku memulakan satu operasi yang dinamakan operasi memusnahkan habitat primat.. kenapa itu adalah rahsia... XD... Dengan bermodalkan RM150 sahaja aku berjaya mendekorasikan bilik ku menjadi seakan-akan sebuah galeri gambar... yang membuat ibu dan adik-adik ku teruja... oleh itu dengan tidak secara langsung idea dan taraf aku setanding Eric Leong kikkikikii




Dan bilik ku ini telah menjadi tumpuan sanak saudara ku yang datang menziarah... so aku perlu berdisplin untuk coverline benda yang perlu huhuhuhuh

Cuti ku panjang lagi.... aku cuba mencari idea-idea untuk mengisi ruang masaku.. sepatutnya aku perlu pergi melancong ke apa untuk menenangkan fikiran. Akan tetapi aku mengambil keputusan untuk luangkan masa di rumah sahaja disebabkan masalah-masalah tertentu... dengan tertiba sahaja, selepas menonton rancangan Masterchef... aku mencuba untuk memasak... pernah masak gak dulu tapi ini serius dining nye masak....
hahhaha aku rasa sukses disebabkan tiada komplen dan orang yang sakit perut... oleh itu dianggap aku ni kira  terrer gak XD

P/s ini blog saya klau ada sesi bangga diri itu hak saya .....

Di sini saya lampirkan hidangan-hidangan yang disediakan oleh saya sendiri... resipi sendiri xde tiru-tirunye XD...gordon ramsey mesti terkejutnya


Italian Herb, Potato and Egg Mash Luis RiTz Style


Classico Ritz Cream sauce Fettuccine with Prawn and Cuttelfish




RitZ Salad



Kepada salah seorang kawan saya yang tidak perlu disebutkan namanya...ini bukan ciri-ciri Gay..ini adalah ciri-ciri seorang suami yang sayangkan isterinya :P