Tuesday, May 17, 2011

The Returning



Di Eropah, pepatung selalu dianggap sebagai satu ancaman. Di sebahagian negara Amerika Selatan, pepatung juga dipanggil metacaballo yang bermaksud pembunuh kuda memandangkan ia dilihat boleh mendatangkan bahaya kerana sesetengah spesies adalah sangat besar untuk dikategorikan sebagai serangga. Walau bagaimanapun, pepatung mempunyai reputasi yang lebih baik di Asia Timur dan pedalaman Amerika. Di pedalaman Amerika, ia dipercayai sebagai simbol perubahan selepas berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Di negara Jepun pula, pepatung dianggap sebagai lambang keberanian, kekuatan dan kegembiraan, malah ia sering dipersembahkan dalam seni dan kesusasteraan terutamanya haiku. Pepatung juga pernah digunakan sebagai ubat pada zaman dahulu di negara China dan Jepun. Di sebahagian kawasan di Bumi seperti di Indonesia, ia juga merupakan sumber makanan yang dimakan sama ada dewasa ataupun larva. Tetapi dari segi saintifik pepatung adalah salah satu serangga yang amat berguna pada kita, ia adalah pengukur kesucian air. bila kita lihat pepatung menhinggap air di sesebuah tasik, kolam atau sungai bermakna air itu suci untuk kita membersihkan hadas kecil atau besar dan juga untuk kehidupan harian...


Di sini kita dapat lihat betapa manusia boleh menilai tapi tidak memahami apa yang dinilainya.. Orang eropah pandai dengan kata-kata yg indah dan dianggap bermotivasi tapi realitinya.... bagaimana kita boleh mempercayai kata-kata mereka dengan keterampilan mereka amat indah dimata dan susunan kata-kata yang manis. manakala kita lihat manusia-manusia di Indonesia, Afganistan, Syria, lebanon dan seangkatan dengannya.... keterampilan agak selekeh, bengis kata-kata mereka yang lantang, baru nak bercakap orang dah mula membuat penilaian yang berbagai bagai....


Kekadang di Malaysia orang yang clean shave, berbahasa inggeris, berpakaian tshirt dan jeans tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat islam di malaysia. nak bukak mulut je dah bermacam-macam tomahan dikeluarkan.. orang yang berserban dan berjubah pula, disanjung dan dipuji walaupun x berkata apa-apa pun.


ada Seorang kawan ku dan ku anggap dia sebagai mak tiri ku (heheehe)dia bekerja dengan ku.. dia sanggup menempuh hutan yang tebal, bersosial dengan manusia yang ketinggalan peredaran zamannya, tiada eletrik dan air yang bersih dan berbagai-bagai cabaran yang dia tempuh untuk satu tujuan sahaja..... memberikan pendidikan dan mengubah cara hidup masyarakat-masyarakat yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih sempurna... beliau redah berbagai-bagai onar sekadar untuk mengajar ABC dan Alif, Ba, Ta... orang kata membazir masa dan tenaga..tapi aku sanjung dia...bukan itu sahaja, dia membuat kerja extra..dengan mengajar basic fardhu ain kepada masyarakat2 tersebut...


Caranya agak unik dan baru,Pengajaran fardhu ain dilakukan  dengan menggunakan melodi nursery rhymes contohnya macam twinkle little star.. dia  mengubah lirik nya menjadi panduan untuk mengambil wuduk...lagu london bridge menjadi panduan hukum2 solat... keputusan dari cara pengajaran tersebut amat efektif... budak kecil umur 6 tahun tinggal di tengah-tengah hutan tiada hubungan dengan dunia luar dah pandai baca surah Al-Fatihah....


Tapi wanita yang berumur dalam linkungan 50an ini yang hanya memakai kemeja T lengan panjang yang labuh,beseluar jeans dan bertudung dikecam oleh golongan-golongan yang menggangap diri mereka ini religious. Mereka tidak boleh menerima cara pengajaran sebegitu... Aku sedih melihat mereka yang tidak menyokong usaha Mak Tiri aku ni...


Ye ini bukan cara ortodoks yang diamalkan selama ini... tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengajar tentang fardhu ain kepada masyarakat-masyarakat yang terpinggir dan tidak mendapat sedikit pun pengajaran tentang islam.. adakah cara ini salah...saya bantah seratus peratus klau ia dikatakan salah...


Islam itu mudah dan versatile mana-mana bangsa boleh menganutnya.. Kita di Malaysia terlalu mementingkan budaya kita dan terus menggangap budaya melayu kita ini adalah budaya islam. Itu silap sebenarnya...


Yang penting dalam islam adalah niat dan 5 hukum islam.... tinggal je hukum-hukum ini walaupun sedikit... kira over laaa...
Ye kekadang mereka lalai ... seperti dengan saya... mahukan yang lebih tapi basic tergapai-gapai.. x penah miss dengar ceramah and dakwah ustaz azhar Idrus tapi solat suboh tertinggal... nak kaji Hadith saheeh - Riwayat Ibn Maajah, Al Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabarani tapi Ayat Kursi pun x hafal...


So memang Islam ini mudah tapi islam ini luas... bermula la dengan perlahan kuatkan akarnya baru la dapat dapat buah yang manis..



Membaca dan Memahami


Mengajar dan Belajar


Bersabar dan Berfikir


Melakukan hukum-hukum Islam


Amal Ma'ruf Nahi Mungkar









No comments:

Post a Comment