Gambar2 di atas kesemuanya adalah Arya...orang yang sama... 1st gambar atas di sebelah kiri diambil JAN 2007, atas kanan OCTOBER 2007, Bawah sebelah kiri DECEMBER 2007 dan Bawah Kanan adalah gambar terkini...drastikkan perubahan... gileeeekan....orang yg suka tengok luar buku memang banyak assumptionnya...kebanyakkan yg mengatakan ARYA amik DADAH... Arya x marah sbb memang nampak cam amik dadah pon....
Citenya bermula camni...27 MAY 2007 tertiba je Arya nak menyambut perkahwinan kawan rapatnya ...di ChangLun...tertiba je dia jatuh sakit muntah2..muntahan dia warna hitam laktu...badan lemah dan perut dia sakit yg amat...terus on the spot balik KL...sampai je KL dia collapse...Sedar2 je dia kat ICU HKL....
Arya berada di ICU selama 2 minggu 2 hari dalam keaadaan koma dan 6 bulan di dalam wad... percaya atau tidak... dia hanya mempunyai 30% sahaja untuk hidup itu ditafsir sendiri oleh Pakar Bedah HKL. Tapi dengan Kuasa Allah SWT... Allahamdullih Arya masih ada disini lagi...Penyakitnya adalah kerosakkan pankres yang teruk dan effectnya ke paru-paru, perut dan hempedu. Dimana Arya kini mempunyai hanya separuh sahaja pankreasnya, tiada hempedu dan ususnya di potong...bukan itu jer...semasa dalam keaadan Koma ...darah keluar tanpa henti melalui kesemua rongga tubuhnya telinga mata dan tiub2 yg ditebuk kat perut dan paru..memang kritikal gileee...sampai pakar bedah HKL terpaksa mengunakan 2 dos ubat prototype yg dicipta oleh saintis Malaysia untuk pembekuan darah..jadi Tikus Makmal tu huhuhuh.
Ada macam2 teori juga nape Arya masih hidup...ada yg mengatakan Arya mempunyai semangat yg Kuat seperti atuknya Datuk Laksaman Hamidi dan ada yang mengatakan Arya ni banyak dosa dan belum bersedia untuk pergi ...tapi yang pasti ini semua ketentuanNYA...Mungkin DIA menyayanginya dan memberi peluang yang ke2 untuk Arya berubah.
Setelah kembali pulih Emosi Arya terganggu kerana dia hilang segala-galanya. Careernya di SHELL, aweknya di Langkawi, simpanannya abis untuk membiayai kos rawatannya dan yg paling sedih Ibunya menjadi separuh gilaaa, x terurus... siapa yg tak pressure siuuutt klau camni...nasib baik Arya mempunyai kawan2 yang setia. Tambahan lagi parutnya yg ngeri dari dada ke peutnya dan bekas lubang2 yg ditebuk ke perut dan dadanya..MasyaAllah
Itulah sebabnya Arya kini sangat aktif... pergi sana sini untuk shoot gambar2...pergi menjalankan aktiviti outdoor...pergi tempat nature...jadi animal lover..kerana dia hendak mendekatkan diri kepada ALLAH untuk mengenal kekuasaanNYA dan ciptaanNYA. Skang sifatnya agak keras bagi sesetengah orang, dia lebih suka hidup dalam realiti, x pedulikan kata2 orang, lebih lantang kata2nya dan menganggap remeh pasal masalah2 yg dikatakan serius .. kerana dia telah rasa dan lalui pekara2 yg menjangkaui pemikiran orang lain
Arya bersama salah seorang kawan yg setia
Arya ada menceritakan semasa dia di dalam keadaan koma...dia bermimpi yg dia di dalam tempat gelap dan api membara sekuat2nya macam dalam cite Hellboy tu...dan dalam satu ketika dia berada didalam Taman yang indah dan angin tiup kearahnya dengan nyaman dan dapat melihat arwah2 keluarganya membaca doa kepadanya. Oleh itu Arya kini dalam delima untuk berubah menjadi Insan yg Baik...meninggalkan segala perangai dan tabiat buruknya selama ini.... mungkin susah baginya kerana apa yang saya percaya manusia x boleh berubah cuma dapat improvekan dirinya.....