Friday, December 31, 2010

ARYA 2011


Tahun sudah aku melihat dusta, aku lihat hipokrsi, aku lihat pelbagai anasir-anasir yg merendahkan aku mengelar diri aku sebagai seorang manusia. Aku lihat kesakitan walaupun kekadang orang mengatakan itu kegembiraan. Aku lihat naif tapi orang mengatakan itu kemajuan.Sehingga aku ingin memejam mataku ini.

Akan tetapi Tahun 2010 adalah tahun yang paling aku ingin mengekang mataku untuk melihat.Selagi anugerah ini diberikan akan ku terus melihat.Sesungguhnya Allah ingin aku melihat, melihat kesusahan, melihat kesakitan, melihat seperti tahun-tahun sudah, tapi dari sudut yang berbeza.Yang membuat aku belajar, yang buat aku memahami apa itu ketulusan hati, apa itu laskar pelangi, apa itu mimpi yang terindah dan apa itu mengejar impian.Walau sesakitnya kita, walau susahnya kita ingat ada yang lagi menderita.

Ya Allah, aku bersyukur akan jalan yang Kau berikan kepada ku ini. setelah bermacam dugaan aku hadapi, setelah kusut pikiran aku untuk mencari jalan, setelah aku hanyut dalam kesesatan. Akhirnya aku dapat melihat jalan yang benar dan jalan yang ku cari selama ini. Sekarang terpulanglah kepada aku sendiri samada untuk menempuhnya.

Adakah tahun 2011, aku masih ingin terus melihat atau aku ingin berlari sehingga ke penghujung jalan. Adakah ada penghujung Jalan???

Ku nantikan 2011...

No comments:

Post a Comment